Monday, December 13, 2010

Karangan Terbaik UPSR 2007-Karangan budak darjah 4


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu

beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan

air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu

saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan

sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi

saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya

bersetuju untuk mengikutnya.. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana

pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai

pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah

belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia

menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori

tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak

saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula

terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda

kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori

itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah

feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri

itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu

lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu

bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya

tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting

Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri

yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri

semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori

sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia

menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia

menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan

kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik

ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg

tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang

putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun

sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri

itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang

telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia

menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan

semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih

ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu

kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran

yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya

terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di

rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah

saya lihat sebelum saya mati.


p/s : sekadar gurauan... dpt dr mmbe aku ni :D

Thursday, December 9, 2010

enjin kereta mati di tengah2 malam...


uhhhh...agak seram sikit entry aku kali ni. ala2 citer lam filem gitu. hohoho. ni sume gara2 mulut busuk memberku yg bernama Lah Al-Mubarak @ lebih dikenali sebagai PokLoh...

di suatu malam yg hening...hahahaha.adehhh.xreti aku nk wat ayat ala2 novel ni. lantak la. blog aku, suke ati aku la. tepat jam 10mlm, aku menerima sms dr seorang rakanku bernama Jaha (bukan nama sebenar),

"kawe ado kejo plak ngn saim kawe don juan. nak g mana x tau plak ni", zaaaaaaassss. terus aku takde mood. aku letih sebenarnya.

seharian driving dr KL(kul5pagi) ke Kuantan bersama Korie dan Faisal, pastu ke Dungun, pastu ke Machang, menghadiri majlis sambut menantu. kalo dlm bahasa arabnye nyambuk natu la. pekene nasi gulai kawah + umbuk nyo (taktau la korang penah makan ke x). wallawehhhh. lame gile xjumpe umbuk nyo tu. sedak2. jeligho molek make. tadop aroh kenye buyya doh. ooopsss. terkecek kelate pulop. hahaha...

kemudian kami terus ke Bachok melalui suatu kawasan yg agak jauh. kunun2 jalan pintas la bak kata Jaha. errkkk. rase2nye jauh lak jln die tunjuk tu. huhuhu. time ni aku da nampak katil je kt uma aku. cepat2 aku masuk gear, terus pecut kete. setengah jam kemudian, aku berada di rumahku di Pengkalan Chepa. lebih tepat lagi Kampung Gertak Sagu. Gertak = jerkah. tp dlm bhsa arab kelantan gertak tu titian. ala2 titian siratulmustaqim la. sbb lurus. mane ade titian bengkok. ape daaa :)... gertak sagu...hurm. mengikut catatan sejarah, dulunya gertak sagu ni terkenal dengan gertak / titiannya yg dipenuhi pohon2 sagu. camne pohon sagu aku pon xtau la. sbb aku kan dilahirkan, gertak n sagu tu da xde. tempat terletaknya gertak/titian sagu tu pon aku taktau kt mane. tanye org2 tua dorang mls jwb. dorang suh cari sendiri (maybe dorang xtau kot)...errrkkk.lagi sekali aku mengarut. biase la, cite sal kampung ni, mcm2 ade dlm kepala otak aku. hahaahaha.

ok2. berbalik kisah td, sesampainya aku dirumah, rumahku syurgaku, aku disapa lembut oleh Umiku, yg da berumur separuh abad di ruang tamu dengan senyuman yg amat2 kurindui. tanpa umi, siapalah aku di dunia ni. Umi berjubah pink+purple, berselingkuh di sofa sambil ditemani akakku, menonton rancangan 'Mari Menari' di astro Ria. aku melangkah masuk, berjabat salam dengan Umiku dan kakakku. kucium tangan umiku, kucium pipinya di kiri dan kanan kemudian di dahi, terasa sebak di dalam hati. aku sedih melihat wajah yg mendung itu. umiku tersenyum. cuba senyum dan ceria dengan kehadiran anak kesayangannya ini dan bakal menantunya di rumah. aku tahu dan aku sedar, jauh di sudut hatinya, umiku sedang memendam rindu yg amat dalam terhadap suaminya yakni abahku yg telah kembali ke rahmatullah 2thn lepas di bulan puasa. semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh. sejak kembalinya arwah, cahaya di wajahnya makin lama makin padam. lelaki yg didampinginya hampir 30thn di kala susah senang pergi menghadap Ilahi lebih awal dari umiku. pernah suatu ketika di awal pemergiannya, umiku berkelakuan seolah2 isteri yg akan bersama suami di suatu tempat yg jauh dari kami..........erm, sedey lak. nk nangis pon ade ni. xpe la. kita skip je.

kami berborak. bergelak ketawa. bertanya khabar. ber ber ber dan ber lagi... sehinggalah kepala ni betul berat+mengantuk. ku baring sekejap. berehat utk mengecas bateri badan. maklum la, sekejap lg akan berangkat ke Setiu dr Kmpgku yg jauhnya kira2 2jam perjalanan. dah la hujan. rehat punya rehat, Jaha sms aku menyatakan program yg die terpaksa hadiri bersama teman2 sekampungnya. aaahhhh. camne ni. teringat akan teman lamaku di waktu zaman persekolahan dahulu yg pulang bercuti. maklum la ckgu. skang ni musim cuti. cpt2 aku dial no tel die...

"Loh, demo bz dop male ni? Make tea nok?", ujarku dlm keadaan yg agak keletihan.
"Kawe bereh jah. xdop g mano pon. saing2 tadop ajok tubik jugop ni. buleh jugop make tea. mano?", Loh sedikit teruja seolah-olah org yg dlm keadaan yg bosan amat.
"Jauh skt make tea kali ni. alah setiu. kawe nk g ngata ore", aku berbalas. cuba menarik perhatian die. sbnrnya aku mls nk drive. Loh ade, leh gilir.
"yakkkk, jauh teh. tp takpo la. aku pon puah ni.".....fuhhh.lega. ade gak yg nk teman aku...

kami pon berangkatlah ke Setiu. aku tekan pedal minyak terus ke rumah Loh td. terus bergerak ke Setiu dlm hujan yg awalnya lebat dah renyai. bak kate org kelantan, hujan serik doh / hujan berek2 doh tu. hahahha. kami melalui jalan dr Pulau Melaka, ke Bachok, Tok Bali, Kuala Besut. sehinggalah kami berada di traffic light Kg Raja. kalau ikut laluan Jerteh, dkt skt jika dibandingkan mengikut laluan 1 lg. ntah camne, aku ter belok ke jln yg jauh. sj je kot. excited sgt time kitorang rancak berborak. kitorang borak macam2. dari kisah kahwin kawan kitorang yg bernama Amri + Nabila (termasuk di awal perkenalan mereka sewaktu menonton wayang. si Nabila ni ter amik air Amri. pastu....panjang cite. mls nk sambung. hahahha), kisah Pije kawen (dalam diam da kawen), mmber2 lain yg akn dan xjd kawen, mmber2 yg putus cinta, planning aktiviti futsal, badminton, tempat2 makan di Kelantan sehinggalah kisah hantu.

hujan renyai2 berserta angin malam yg sejuk amat2 mengganggu perbualan kami berkisar kisah2 seram, kisah2 hantu, jin, jembalang dan seumpanya. pernah suatu ketika, mmber kami terserempak dgn makhluk berjantina wanita berjalan di tengah2 malam seorang diri di kawasan gelap. tidak berkaki, berjalan seolah2 melayang ditiup angin di waktu hujan renyai. aku dengan selambernye gitau Loh, kt tempat kejadian tu. zaaaaaaaas. len macam je. terus tukar topik eksiden. tup tup, aku teringat kisah aku melihat satu kes kemalangan di Kuala Terengganu suatu ketika dahulu. masih segar lagi di ingatan tatkala itu bagaimana mayat mangsa dikeluarkan oleh pegawai bomba dr kereta yg remuk tu. habis muka aku tengok kepek. arrghh...camne nk describe kt korang. korang agak2 je la muka org yg eksiden, kete remuk gile, muka pecah, darah sume ade. zaaaaaaaaas skali lg bulu roma meremang mase aku mengeluarkan kisah cerita tu...senyap sebentar. tukar topik. relak2 dulu. ntah camne, terexcited lak si Loh ni sal kisah2 hantu.

die pon bukak la cerita sewaktu zaman die belajar di Maktab Kuala Terengganu. penah suatu ketika Fariz, kawan kami eksiden di kawasan Pengkalan Gelap gara2 terlihat suatu lembaga. Kalo diikutkan, Pengkalan Gelap tu mmg la gelap. gelap sgt2. dah la jalan bengkang bengkok. seb baik ade jlan baru. lurus selurus2nya. tetapi keadaan tetap sama. gelap. kiri kanan hutan, kelapa sawit, bukit.

"yakkk...sapa doh kito sini. mujo ceroh," Loh bersuara bilamana kami berada di Pengkalan Gelap... "fuh, mujo ceroh. ado lapu jale doh loni," Loh menyambung percakapan. seusai die berkata demikian, kawasan yg dilimpahi lampu jalan da bergelap. lampu jalan dah tiada. tupppp pedal minyak aku tekan seolah tidak tertekan. enjin kereta terus mati. Loh dan penumpang sorang lg xperasan. sehinggalah kereta bertambah perlahan. aku mematikan air cond, main gear, sekejap turun gear, sekejap naik tp kereta makin lama makin perlahan dan berhenti betol2 di tepi jalan, kiri kanan hutan, gelap, ditambah lak dgn hujan rintik2. waktu tu jam menunjukkan tepat 12malam.

"bakpo ni?", Loh bertanya padaku. aku ckp xde pape. aku buka tingkap, cuba tenangkan diri dgn mencucuh api lighter ke rokokku. ku sedut dalam2. fuhhhhh. makin berdebar ade la. aku bg bhasa isyarat kt Loh. wat rilek dah la. kang yg belakang tu bertindak di luar kawalan, maklum la pompuan. Loh diam. berlakon. aku cek bateri kete ok je. lampu sume bernyala. aku menyuruh Loh keluar, gantikan tempat aku. aku menolak kete laju dan Loh cuba hidupkan kete. kitorang praktikkan hidupkan kete cam hidupkan moto. hehehe. skali stat xjd. aku tolak lg. tolak lg dan lagi tp kete tetap xleh nk start. masing2 cuak. terdiam. dah la gelap. hujan lak tu. adeiiii. aku cuba tenangkan diri. mengajak Loh kuar kete. wat2 check kt bhgian enjin (padahal 1haram pon taktau sal enjin)...

aku dan Loh berada di depan kete. menunggu kelibat kereta yg lalu lalang walaupon kami tahu akan tipisnya harapan kami. jalan ni mmg jarang kete lalu. jrg sgt2. gelap beb. hati kami gembira bilamana melihat kelibat sebuah kete. kami memberi isyarat tangan kt kete, tp kete tu xbhenti. kami menunggu lg. kelibat beberapa buah kete, lori sume xbhenti. gile ah. kalo aku pon mmg aku xbhenti kalo jd dorang. mane tau kot2 bkn manusia yg tahan. kalo manusia sekalipon, kot2 perompak ke mmg naye la. niat nk tolong, tp....paham2 ler....masing2 hampa. masing2 bertambah seram. sedar2 penumpang keteku bgn dan kuar dr kete dgn muka cuak.

"adeiii.apesal la minah ni kuar. dah la muka cuak. kang meracau susah lak aku", aku berbisik dlm hati. aku cakap kete rosak. nk baiki jap. cuba menenteramkan minah tu. tb2 ade sebuah kete perlahankan ketenye. aku ushar je. hrp2 manusia la. ntah camne aku br perasan ade kete. risau gak dlm ht ni. rilek2. aku tarik nafas dlm2 dan melangkah ke kete tu.

"be, keto kawe punoh ni. tb2 jah mapuh sini", aku lega bila melihat kelibat sepasang suami isteri dan ank2 di dlm kete citra tu. alhamdulillah manusia. ehehehe.

abg tu kuar dr kete. pd awlnya kelihatan muka die seolah2 cuak. maklum la, kot2 die terpikir aku ni bkn manusia. mane ade manusia kul12mlm kt tgh2 hutan. die msk dalam kete. cb hidupkan enjin. xhidup2. suh kitorang tolak. ktorang tolak, tolak dan tolak tp kete xhidup2 gak. die kuar kete dan tgk kt enjin kete. check punye check, die terpegang 1wayar yg tercabut. "oooo, woya ni hok cabut, ingt ko gapo", die mengomel. die ketatkan blk wyr tu dan bagi arahan utkku hidupkan kete. alhamdulillah kete da leh stat. kami mengucapkan time kasih byk2 kt abg tu. tp abg tu agak terpinga2 la. bagai nk gitau aku sesuatu tp tersekat. aku bagaikan dpt mengagak pe yg die pk. xkn la wyr kete leh tercabut. kalo nk tercabut, xkn tercabut kt tgh2 gelap camni. abg tu pon berlalu pergi...

aku, Loh dan Minah sorang lg masuk ke dalam kete. masing2 diam. berlakon seolah2 tiada ape yg berlaku. kepalaku asik terpikir2 je. camne wayar tu leh tercabut. aku rase aku da kene main ni. main ngn 'penduduk Pengkalan Gelap'.. aku diam. begitu juga dgn org lain. sehinggalah sampai ke rumah minah tu. pastu kami pulang ke KB melalui jalan yg biase kitorang gunakan. laluan Bas ekspress. dlm perjalanan, aku dan Loh gelak besar. hahahaha. masing2 da buka mulut. mulut yg celupar. celupar di tgh2 malam, di kawasan yg gelap. hahahahahahhahahahahhahahahahhahahhahahhaha....


p/s : errkkk. ending xberapa menarik. aku mls nk taip. sbb aku rase semacam je mase aku update citer ni. len mcm je. sori beb. gua mau tido. seriau ni... kalo sempat, esok gua edit balik....

moral - jgn drive mlm di tmpt2 gelap di waktu hujan renyai2, di kawasan hutan/bukit dan jagalah mulut anda........peace no war